Kesalahan dalam temuduga kerja
6 PERKARA GRADUAN FRESH GRADUATE JANGAN BUAT UNTUK TEMUDUGA KERJA Anda baru bergraduasi dan akan menghadiri temuduga dalam masa terdekat? Para majikan mempunyai kriteria tersendiri apabila mahu mengambil pekerja. Dan mereka mempunyai masa yang sangat singkat untuk menilai anda ketika temuduga. Ada beberapa perkara yang boleh anda elakkan supaya ia tidak memberi tanggapan negatif terhadap anda. Antaranya: JANGAN DATANG LAMBAT First Impression sangat penting ketika temuduga kerja. Jika anda datang lambat, ia akan beri tanggapan buruk terhadap anda. Apabila anda datang lewat, anda telah mengganggu jadual kerja bakal majikan anda pada hari tersebut. Belum apa-apa lagi anda sudah beri sebab untuk mereka reject anda. JANGAN LUPA BAWA RESUME DAN DOKUMEN PENTING Jangan sampai jadi begini. Ada kes graduan fresh graduate terlupa untuk membawa resume mereka ketika temuduga. Buat persediaan. Susun dokumen-dokumen penting anda di dalam fail khas. Senang nanti jika bakal majikan anda ...