Posts
Showing posts from March, 2018
Makkah al muqarramah
- Get link
- X
- Other Apps
Entri kali ni aku nak share pengalaman aku menunaikan umrah di Makkah.Setelah 3 hari 2 malam berada di Makkah kami akan pergi ke Makkah. Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki bas.Seronok sepanjang perjalanan tu sebab dapat tengok pemandangan di bumi arab ini yang sangat indah walaupun phone aku bukanlah phone yang mahal tapi hasil gambar tu semua cantik cantik. Kami perlu berhenti untuk bermiqat di Bir' Ali sebelum menunaikan umrah mama,danial(cousin),mek (nenek) setelah selesai,kami meneruskan perjalanan ke Makkah.Bila dah dekat nak sampai tu mutawif suruh sebut 'Labbaikallah Humma Labbaikk Labbaikala Syari Kala Kala Baik'.Rasa time tu terharu sangat sebab dah nampak masjidil haram tu rasa sebak bersyukur semua adalah. ni waktu mula mula sampai time maghrib Lepas sampai kami check in hotel dan pergi solat maghrib di masjidil haram.Cantik sangat masjid ni subhanallah semua orang dari pelusuk dunia berkumpul kat sat...
Madinah al munawwarah
- Get link
- X
- Other Apps
Post kali ni aku nak share pengalaman aku menjejakkan kaki ke madinah al muqarramah. Semuanya terjadi sungguh pantas dan sedikitpun tak oernah aku bayangkan akan dapat menjejakkan kaki di bumi madinah ini. Aku pergi ke sana bagi menunaikan umrah dengan menggunakan pakej umrah daripada Rayhar Travels yang sangat sangat memuaskan dan berpatutan.Aku pergi ke bumi Makkah al muqarramah ini pada tahun 2013 iaitu semasa aku tingkatan 3.Pada masa itu,aku sedang duduk berborak borak dengan kawan kawan dan tiba tiba ada sorang junior bagitau yang mama aku datang.Aku pun peliklah kenaoa dia datang sedangkan hari itu bukanlah hari sabtu atau ahad. Rupa-rupanya mama datang untuk mengambilku menghadiri kursus umrah.Dia kata itu hadiah untuk aku selepas dapat straight A's untuk PMR. Aku bersyukur tak terhingga sebab itulah hadiah terbaik yang pernah aku dapat dalam hidup aku.Telah menjadi rutin mingguan ku selama 2 bulan menghadiri kursus umrah. Selepas itu,aku dijadualkan berangkat ke madi...
Matriculation life
- Get link
- X
- Other Apps
Selepas mendapat pendidikan di sekolah menengah,aku memasuki kolej matrikulasi pahang kerana tidak mahu mengikuti pengajian diploma yang mengambil masa lebih lama. Serious talk,perasaan waktu mula mula masuk matriks tu okay je sebab ramai kawan dari 13 orang tadi tu masuk matriks sama sama jadi tak lah rasa lonely sangat. dekat matriks,aku ambik aliran perakaunan dan masuk kelas 2A12 .Dalam kelas ni aku paling rapat dengan 2 orang iaitu ezi dan daywa. Kitorang mula mula rapat sebab satu blok dan banyak assignment kena buat sama sama. Diorang ni orang paling masuk air pernah jumpa sebsb tak pernah seharipun tak gelak dengan diorang ni. yang paling kiri tu ezi,dan yang tengah tu daywa Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari pensyarah dan diorang berdua ni aku banyak belajar dan tiru assignment sikit hihi. suasana kat matriks ni best sangat sebab hubungan pensyarah dengan murid tu rapat dan pelajar boleh lepak bila bila masa di cubic lecturer. yang paling syok sek...
life at hostel
- Get link
- X
- Other Apps
Pandangan aku terhadap hostel semakin lama semakin hilang.Aku mula berasa seronok tinggal di asrama kerana mendapat lebih ramai kawan berbanding hanya di dalam kelas. Aku dah terbiasa apabila bangun sahaja perlu kemaskan cadar,berkumpul di court sebelum pergi ke sekolah dan pelbagai aktiviti lain. Setiap tahun,akan ada orientasi bagi pelajar hostel dan semua pelajar perlu terlibat dengan acara tersebut bukan hanya untuk tingkatan satu sahaja.Aktivit yang disediakan semuanya seronok dan aku sangat seronok melakukannya. Hari demi hari hubungan kami semua menjadi bertambah akrab dan aku paling rapat dengan 13 orang yang paling aku sayang sehingga kini.Kami selalu berkumpul bersama beriadah waktu petang,makan di dewan makan bersama dan macam macam lagi.Yang penting,kami semua selalu ada untuk satu sama lain. Ni gambar semasa familyday di pantai Balok.Semua kenangan di asrama merupakan pengalaman yang paling berharga dan banyak mengajar aku tentang kehidupan dan sekalipun aku ta...
Sekolah rendah
- Get link
- X
- Other Apps
Entri kali ni saya nak share pengalaman waktu zaman zaman sebelum masuk ke UKM. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Tanah Putih Baru Kuantan Pahang.Waktu ni walaupun masih tak matang lagi,tapi selalu rasa happy pergi sekolah.Bukanlah seronok sebab belajar tapi seronok dapat jumpa kawan kawan main sama sama sebab kat rumah saya takde ramai kawan sangat. Cikgu-cikgu semua sangat baik dan dah saya anggap macam mak sendiri.Dah berapa generasi dan family saya bersekolah di situ.Daripada kakak dan abang saya,saya dan sekarang anak saudara saya juga bersekolah di situ. Saya sangat terharu apabila saya melawat ke sekolah tersebut,terdapat guru-guru yang masih mengingati saya walaupun telah meninggalkan zaman persekolahan beberapa tahun yang lalu.Antara guru yang paling saya ingati ialah Ustaz Khairul. Beliau seorang guru yang sangat kelakar dan sering menasihati kami dalam gurauannya.Saya dulu sering mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz bahasa arab dan ustaz khair...
Sekolah menengah
- Get link
- X
- Other Apps
Setelah mendapat keputusan UPSR,aku perlu membuat keputusan untuk masuk ke sekolah menengah.Ramai menyuruh aku untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tetapi aku tidak mahu kerana taknak tinggal di asrama (anak manja). Aku akhirnya memilih sekolah SMK Abdul Rahman Talib (SMART) sebagai pilihanku kerana ianya sekolah harian dan juga disediakan asrama bagi yang memerlukannya.Keluargaku menerima pilihanku dan mereka tidak pernah menghalang keinginan ku dalam apa apa sahaja yang ingin aku ceburi atau pilih asalkan ianya terbaik untuk aku. Hari pertama di sekolah semua rasa ada nervous,happy,excited macam macam lagi lah.Aku ditempatkan di kelas 1 Dinamik. Tiada seorang pun daripada sekolah rendahku yang masuk sama dalam kelas aku.Ini membuatkan aku rasa lonely tambah tambah bila tengok classmates aku semuanya ada kawan kawan yang telah mereka kenal dalam kelas. Tapi,aku cuba membuat kawan baru dan akhirnya aku berasa seronok kerana dapat berkenalan dengan orang baru dan boleh menyesuai...