Madinah al munawwarah

Post kali ni aku nak share pengalaman aku menjejakkan kaki ke madinah al muqarramah. Semuanya terjadi sungguh pantas dan sedikitpun tak oernah aku bayangkan akan dapat menjejakkan kaki di bumi madinah ini.

Aku pergi ke sana bagi menunaikan umrah dengan menggunakan pakej umrah daripada Rayhar Travels yang sangat sangat memuaskan dan berpatutan.Aku pergi ke bumi Makkah al muqarramah ini pada tahun 2013 iaitu semasa aku tingkatan 3.Pada masa itu,aku sedang duduk berborak borak dengan kawan kawan dan tiba tiba ada sorang junior bagitau yang mama aku datang.Aku pun peliklah kenaoa dia datang sedangkan hari itu bukanlah hari sabtu atau ahad.

Rupa-rupanya mama datang untuk mengambilku menghadiri kursus umrah.Dia kata itu hadiah untuk aku selepas dapat straight A's untuk PMR. Aku bersyukur tak terhingga sebab itulah hadiah terbaik yang pernah aku dapat dalam hidup aku.Telah menjadi rutin mingguan ku selama 2 bulan menghadiri kursus umrah.

Selepas itu,aku dijadualkan berangkat ke madinah.Kami sekeluarga pergi ke sana seramai 9 orang termasuklah arwah atuk yang meninggal pada 23/2/2018 yang lalu dan nenekku.Kami ke sana dari KLIA menaiki Saudi Airlines.
ni gambar waktu keluarga besar menghantar kami ke KLIA

Setibanya kami disana,iaitu pada waktu subuh kami disambut mesra oleh kakitangan Rayhar Travels yang akan menjadi mutawif kami sepanjang menunaikan umrah.Kami dibawa untuk check in hotel.

ini interior design dalam hotel yang kami menginap tak ingat dah nama dia apa


ini pemandangan masjid nabawi dari tingkap bilik hotel kami.dekat kan? 

Sepanjang duduk kat sini aku rasa tenang sangat.Kan best kalau dapat duduk sini selamanya lagipun sekali kita solat di masjid nabawi,100 kali pahala kita dapat.Siapa taknak kan?


with mama ku sayang

perkarangan masjid nabawi

jabal thur

raudhah taman syurga

kat sini berpusu pusu orang nak masuk ke raudhah sebab raudhah ni salah satu tempat yang paling makbul doa kita.Even nak solat lama pun tak boleh kena halau dengan guard tu tapi kalau niat kita ikhlas kita minta dengan Allah insyaAllah Allah izinkan.

banyak lagi tempat yang aku pergi sepanjang di madinah ni tapi cukuplah sampai sini aku share. Next entri aku share pengalaman aku di bumi Makkah pula






























Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi

Pengalaman percutian di Pulau Tioman