Cagu/cengkam kuku

Post kali ini saya nak share tentang cagu/cengkam kuku. Sebab saya selalu mengalami masalah ini dan sangat terganggu..

So,apa itu cagu?\
Cagu berlaku apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan sis tepi jari.Ini menyebabkan isi jari tersebut menjadi sakit.

Antara punca puncanya ialah
1.kasut terlalu ketat dan tirus
2.kecederaan berulang kali pada jari kaki.
3.jangkitan kulat pada kuku
4.potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujung

Rawatan cagu:
1.Rendam dan cuci kuku dengan air suam
2.Penyendal boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu.Boleh guna gauze sebagai penyendal.Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan
3.Ubat tahan sakit
4.Antibiotik
5.Jika semua rawatan tidak berkesan,pembedahan akan dilakukan.Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang

Pencegahan cagu.
1.Potong kuku dengan betul
2.Pilih kasut yang tidak ketat dengan toe box yang luas
3.Jaga kebersihan kaki dan elakkan pakai stokin yang tidak basuh berulang kali

Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi

Pengalaman percutian di Pulau Tioman