Kedai makan yang menarik di Bangi

Saya seorang yang sangat kuat makan.Bayangkan,berat naik 15 kg hanya dalam masa setahun. Ishh teruk sangat tapi tengah usaha nak kurus lah ni hahaha. Okay so post kali ini nak share kedai yang pernah saya pergi sepanjang belajar di UKM ni


1.Kfry Urban Korean (IOI Mall Putrajaya)

Image result for kfry ioi

Inilah dia punya signature dish iaitu ayam cheese. Cheese dia sangat banyak memang puas hatilah untuk orang yang suka cheese tu. Untuk satu hidangan ayam cheese ni harga dia dalam RM 49.90 memang berbaloi sebab half chicken memang sangar banyak dan cheesenya yang melimpah ruah.
Image result for kfry ioi
Selain ayam,bingsoo juga menjadi pilihan ramai tetapi saya hanya pernah mencuba mango bingsoo dan ianya amat sedap!

2.Restoran Faris Maju

Image result for fariz maju bangi

First sekali saya tertarik nak datang kat kedai ni sebab teringin nak makan roti naan cheese dia. Dah dapat ni memang puas hati cheese banyak meleleh leleh dan harganya pun berpatutan dan terletak tak jauh dari ukm so senanglah kalau nak pergi

3.Restoran Musyati

Image result for musyati tomyam\

Bukan nama budak UKM lah kalau tak pernah jejak kaki dekat Musyati ni. Tapi,kena pastikan korang ni jenis yang makan banyak sebab portion kedai ni banyak sangat dan harga pun sangat murah.Signature dish kat sini tentulah tomyam dia yang kalau rasa sekali mesti nak lagi.Lauk lauk lain pun semua sedap dan boleh katakan ni restoran yang paling kerap saya kunjungi

4.Warung Kita

Image result for warung kita bangi

Kedai ni famous dengan nasi manggey dia yang sangat sedap!! coconut shake dia pun sedap dan pekat dan kedai ni sangat recommended

Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Pengalaman percutian di Pulau Tioman