Pengalaman percutian di Pulau Tioman



Korang mesti dah lama tak pegi bercuti di pulau-pulau yang ada di Malaysia ni kan ? Untuk makluman korang, terdapat banyak pulau yang ada di perairan Malaysia ni. Pulau-pulau ini memang cantik dengan pemandangan yang boleh menenangkan hati, dan membuatkan kita lupa kepada stress kerja dan kehidupan yang sibuk untuk sementara waktu. 

Dengan bercuti di kawasan sebegini kita dapat menghirup udara yang lebih segar selain menghargai keindahan alam ciptaan Allah SWT 


Ini adalah antara pulau-pulau yang ada di Malaysia. Masih banyak lagi pulau yang masih belum saya terokai.InsyaAllah jika ada kesempatan dan rezeki yang lebih bolehlah saya berkunjung ke sana.

Pulau Tioman ni terletak di tengah-tengah Lautan China Selatan dibawah naungan Daerah Rompin . Terletak kira-kira 32 km dari Mersing, pulau ini turun popular dengan keindahan flora & faunanya . Berlandaskan keindahan lautan , kepelbagaian flora dan fauna menyebabkan pulau ini juga diisytiharkan sebagai pulau Ke-10 tercantik di dunia (tahun 2010) . Pulau Tioman juga dikatakan setanding dengan Pulau Maldives yang terletak di Lautan Pacific 




Di pulau ini, korang juga boleh menyelam sehingga kedalaman 40 meter dari aras laut . Dan kalau korang nak tahu jugak, Pulau Tioman menjadi terkenal disebabkan satu pengambaran filem yang bertajuk South Pacific yang turut menjalankan sesi pengambarannya di sini . Oleh sebab ramainya pelancong yang datang ke sini, Pulau Tioman telah diisytiharkan pulau bebas cukai oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad . 

Ini antara pemandangan indah yang dapat kita lihat dari pandangan atas


Dari segi bilik pula, bilik-bilik disini direka dan dibina di sekitar landskap semula jadi hutan. Dan  susun aturnya yang di panggil 'Sarang' menjadikan resort ni kelihatan lebih unik . Falsafah diaorang adalah untuk mengekalkan sifat dalam setiap makna perkataan dan ini secara tak langsung  telah memberi inspirasi kepada konsep  reka bentuk 'desa-luxe' .

Pulau Tioman juga terkenal dengan aktiviti air yang banyak disebabkan oleh airnya yang amat jernih

Contohnya aktiviti scuba diving


Pada pendapat saya,Pulau Tioman lebih seronok jika dikunjungi bersama rakan-rakan kerana banyak aktiviti yang boleh diterokai bersama-sama



Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi