Pengalaman bercuti di Sungai Lembing

Okay post kali ini saya nak kongsi pengalaman bercuti di Sungai Lembing bersama kawan kawan sekolah saya. Kami pergi ke sana secara berkumpulan iaitu seramai 7 orang. Sungai lembing terletak agak jauh dari bandar Kuantan dan kami semua menginap di rumah salah seorang rakan kami iaitu Ain pada sehari sebelum kami bertolak ke Sungai Lembing.

Kami pergi ke sana dengan menaiki bas Rapid sahaja yang pada ketika itu masih lagi percuma.Dalam masa 20 minit perjalanan,kami telah sampai ke Sungai Lembing
Inilah rupa pintu gerbang Sungai Lembing

Sebelum kami berkunjung ke sini,kami telah membuat tempahan bilik.Kami membuat tempahan awal kerana bimbang bilik akan penuh memandangkan ianya musim cuti sekolah.


Ini adalah contoh bilik yang selalu ditempah orang ramai iaitu berbentuk cabin dan coraknya berwarna warni dan boleh menempatkan seramai 8 orang sebilik

Kami tidak memilih colourful cabin ini kerana kami lebih berminat untuk menginap di Japanese cabin yang lebih menarik.

Ini adalah bilik yang kami pilih untuk menginap dan ianya mempunyai bilik air dan tandas di dalam bilik

Setelah selesa melihat keadaan bilik,kami keluar untuk melihat pemandangan sekitar




Setelah hari hampir malam,kami semua pulang ke bilik untuk berehat.

Keesokkan harinya kami bangun seawal jam 5 pagi untuk pergi 'hiking' di bukit panorama.Kami pergi ke sana menaiki kereta Hilux yang disediakan oleh tempat penginapan itu.



Setelah mendaki selama 2 jam,kami berjaya melihat matahari terbit dan pemandangannya amat cantik sekali.

Selepas puas bergambar di atas bukit panorama itu,kami menyewa basikal untuk pergi bersiar siar dan juga mengambil sarapan.

Kami juga berkesempatan pergi ke muzium 3D,Jambatan gantung sungai lembing serta lombong.

Kami semua sangat seronok dengan percutian ini

Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi

Pengalaman percutian di Pulau Tioman