Sekolah rendah

Entri kali ni saya nak share pengalaman waktu zaman zaman sebelum masuk ke UKM.

Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Tanah Putih Baru Kuantan Pahang.Waktu ni walaupun masih tak matang lagi,tapi selalu rasa happy pergi sekolah.Bukanlah seronok sebab belajar tapi seronok dapat jumpa kawan kawan main sama sama sebab kat rumah saya takde ramai kawan sangat.

Cikgu-cikgu semua sangat baik dan dah saya anggap macam mak sendiri.Dah berapa generasi dan family saya bersekolah di situ.Daripada kakak dan abang saya,saya dan sekarang anak saudara saya juga bersekolah di situ.

Saya sangat terharu apabila saya melawat ke sekolah tersebut,terdapat guru-guru yang masih mengingati saya walaupun telah meninggalkan zaman persekolahan beberapa tahun yang lalu.Antara guru yang paling saya ingati ialah Ustaz Khairul.

Beliau seorang guru yang sangat kelakar dan sering menasihati kami dalam gurauannya.Saya dulu sering mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz bahasa arab dan ustaz khairul adalah orang yang bertanggungjawab untuk melatih kami.Gaya beliau yang santai membuatkan kami semua senang dengannya dan tidak berasa tertekan untuk menghafal perkataan dalam bahasa arab.

Bagi peperiksaan UPSR,saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang berkat doa dan tunjuk ajar dari guru dan rakan rakan.

Dengan keputusan itu,saya berjaya ditempatkan di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di kuantan dan pengalaman di sekolah itu akan saya ceritakan di entri yang seterusnya.


















Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi

Pengalaman percutian di Pulau Tioman