Sekolah menengah

Setelah mendapat keputusan UPSR,aku perlu membuat keputusan untuk masuk ke sekolah menengah.Ramai menyuruh aku untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tetapi aku tidak mahu kerana taknak tinggal di asrama (anak manja).

Aku akhirnya memilih sekolah SMK Abdul Rahman Talib (SMART) sebagai pilihanku kerana ianya sekolah harian dan juga disediakan asrama bagi yang memerlukannya.Keluargaku menerima pilihanku dan mereka tidak pernah menghalang keinginan ku dalam apa apa sahaja yang ingin aku ceburi atau pilih asalkan ianya terbaik untuk aku.

Hari pertama di sekolah semua rasa ada nervous,happy,excited macam macam lagi lah.Aku ditempatkan di kelas 1 Dinamik. Tiada seorang pun daripada sekolah rendahku yang masuk sama dalam kelas aku.Ini membuatkan aku rasa lonely tambah tambah bila tengok classmates aku semuanya ada kawan kawan yang telah mereka kenal dalam kelas.

Tapi,aku cuba membuat kawan baru dan akhirnya aku berasa seronok kerana dapat berkenalan dengan orang baru dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

Tetapi kegembiraan itu tidak lama.Keluargaku menyuruh aku masuk asrama kerana ayahku perlu menghantar adikku ke sekolah yang jalannya tidak sehala dengan sekolahku dan terletak agak jauh jadi ayahku risau kalau aku selalu terlewat ke sekolah.

Tetapi,aku taknak masuk asrama kerana anggap asrama itu satu tempat yang membosankan sebab tak boleh keluar,ada prep dan macam macam lagilah.

Aku memberontak dan tidak mahu mengikut permintaan keluargaku. Tetapi,ayahku mengambil borang masuk asrama secara rahsia dan beliau menghantarnya tanpa pengetahuanku.

Aku terpaksa akur dan masuk ke asrama tanpa rela.

Minggu pertama aku masuk ke asrama aku sentiasa menangis dan selalu rasa benci duduk kat asrama.Aku selalu mengantuk dalam kelas,cepat letih dan macam macam lagi lah.

Lama kelamaan aku sedar yang aku silap































Comments

Popular posts from this blog

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

Kedai makan yang menarik di Bangi

Pengalaman percutian di Pulau Tioman