Posts

Perpustakaan negeri pahang

Image
Nak share tentang Perpustakaan awam negeri Pahang.Fyi,perpustakaan ini terletak bersebelahan je dengan MPK. Memang nampah gah bila tengok dari luar Okay firstly dalam library ni ada banyak section.Macam one big rooms ikut kategori. Ada yang untuk kanak kanak design dia memang cantiklah Bilik seterusnya lebih kepada fiksyen dan ada buku buku agama. Tapi interior design library ni lawa sangat dan senyap jee Seterusnya,di floor G ada petrosains! Ingat dekat KLCC jeke ada petrosains tapi kat sini takdelah best gila macam dekal kl tapi FOC kat dalam tu juga boleh racing tapi sebelum tu kena ukur tinggi dekat dinding sebab nanti kaki tak cukup panjang nak tekan minyak Wifi pun laju tetapi library ni cuma buka time office hour Apa apapun tempat buruk ke tak,gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.Akhir kalam,membaca jambatan ilmu !

Cagu/cengkam kuku

Post kali ini saya nak share tentang cagu/cengkam kuku. Sebab saya selalu mengalami masalah ini dan sangat terganggu.. So,apa itu cagu?\ Cagu berlaku apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan sis tepi jari.Ini menyebabkan isi jari tersebut menjadi sakit. Antara punca puncanya ialah 1.kasut terlalu ketat dan tirus 2.kecederaan berulang kali pada jari kaki. 3.jangkitan kulat pada kuku 4.potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujung Rawatan cagu: 1.Rendam dan cuci kuku dengan air suam 2.Penyendal boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu.Boleh guna gauze sebagai penyendal.Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan 3.Ubat tahan sakit 4.Antibiotik 5.Jika semua rawatan tidak berkesan,pembedahan akan dilakukan.Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang Pencegahan cagu. 1.Potong kuku dengan betul 2.Pilih kasut yang tidak ketat dengan toe box yang luas 3.Jaga kebersihan kaki dan elakkan pakai stokin yang tidak basuh berulang kali

Pengetahuan am mengenai Microsoft Words

Pengetahuan dalam microsoft words ni amatlah penting dan kita dilatih sejak belajar lagi untuk menggunakan Microsoft Words ini dan akan membantu kita untuk menhadapi hari pekerjaan kelak. 1.Jangan guna ENTER ENTER ENTER untuk pergi ke page seterusnya! Sebab kalau nak edit atau tambah sesuatu di page yang sebelumnya,semuanya akan lari dan tidak berada dalam kedudukan yang betul Jadi,untuk elakkan masalah ini, kita guna 'Page Break' di bawah 'Insert Menu' 2.Jangan guna SPACE SPACE SPACE untuk mulakan ayat yang tepi. Jadi,guna 'indentations' Kalau guna space akan membuatkan dokumen kita jadi tak teratur kalau kita edit di sesuatu tempat 3.Ambilkira garisan zigzag tu bila tulis dokumen dalam bahasa Inggeris. Sebab garisan itu menunjukkan 'SPELLING ERRORS' dan 'PUNCTUATION ERRORS. Jadinya gunalah ilmu ini sebaiknya dan berusaha untuk menambah lebih banyak ilmu dalam Microsoft Words ini kerana amat membantu kitauntuk mempercepat dan memudahkan...

Kedai makan yang menarik di Bangi

Image
Saya seorang yang sangat kuat makan.Bayangkan,berat naik 15 kg hanya dalam masa setahun. Ishh teruk sangat tapi tengah usaha nak kurus lah ni hahaha. Okay so post kali ini nak share kedai yang pernah saya pergi sepanjang belajar di UKM ni 1.Kfry Urban Korean (IOI Mall Putrajaya) Inilah dia punya signature dish iaitu ayam cheese. Cheese dia sangat banyak memang puas hatilah untuk orang yang suka cheese tu. Untuk satu hidangan ayam cheese ni harga dia dalam RM 49.90 memang berbaloi sebab half chicken memang sangar banyak dan cheesenya yang melimpah ruah. Selain ayam,bingsoo juga menjadi pilihan ramai tetapi saya hanya pernah mencuba mango bingsoo dan ianya amat sedap! 2.Restoran Faris Maju First sekali saya tertarik nak datang kat kedai ni sebab teringin nak makan roti naan cheese dia. Dah dapat ni memang puas hati cheese banyak meleleh leleh dan harganya pun berpatutan dan terletak tak jauh dari ukm so senanglah kalau nak pergi 3.Restoran Musyati \ Bukan nama buda...

Pengalaman bercuti di Sungai Lembing

Image
Okay post kali ini saya nak kongsi pengalaman bercuti di Sungai Lembing bersama kawan kawan sekolah saya. Kami pergi ke sana secara berkumpulan iaitu seramai 7 orang. Sungai lembing terletak agak jauh dari bandar Kuantan dan kami semua menginap di rumah salah seorang rakan kami iaitu Ain pada sehari sebelum kami bertolak ke Sungai Lembing. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas Rapid sahaja yang pada ketika itu masih lagi percuma.Dalam masa 20 minit perjalanan,kami telah sampai ke Sungai Lembing Inilah rupa pintu gerbang Sungai Lembing Sebelum kami berkunjung ke sini,kami telah membuat tempahan bilik.Kami membuat tempahan awal kerana bimbang bilik akan penuh memandangkan ianya musim cuti sekolah. Ini adalah contoh bilik yang selalu ditempah orang ramai iaitu berbentuk cabin dan coraknya berwarna warni dan boleh menempatkan seramai 8 orang sebilik Kami tidak memilih colourful cabin ini kerana kami lebih berminat untuk menginap di Japanese cabin yang lebih menarik. ...

Family Day di Port Dickson

Image
Memandangkan pada post yang lalu saya telah menceritakan tentang Pulau Tioman,baru-baru ini keluarga saya bercadang untuk membuat Family Day di Port Dickson pada 13 dan 14 Julai ini. Apa yang menyedihkan saya,pada masa itu mereka ingat saya sedang cuti semester tetapi saya perlu mengikuti semester pendek selama 2 bulan memandangkan saya adalah salah seorang pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM. Namun,masih dalam perbincangan untuk menukar tarikh Family Day tersebut. Harap-harapnya dapatlah saya join hihi. Saya ada google sedikit sebanyak berkenaan dengan Port Dickson Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dikunjugi antaranya: 1.Pantai Pantai Blue Lagoon,Pantai Teluk Kemang dan banyak lagi pantai yang sesuai untuk melakukan aktiviti air. 2.Alive 3D Art Gallery Tempat ini sesuai untuk orang yang suka bergambar khususnya (saya dan sepupu-sepupu saya) Jika diambil dari sudut yang sesuai akan menampakkan gambar itu seolah oleh 'hidup' 3.Hut...

Pengalaman percutian di Pulau Tioman

Image
Korang mesti dah lama tak pegi bercuti di pulau-pulau yang ada di Malaysia ni kan ? Untuk makluman korang, terdapat banyak pulau yang ada di perairan Malaysia ni. Pulau-pulau ini memang cantik dengan pemandangan yang boleh menenangkan hati, dan membuatkan kita lupa kepada stress kerja dan kehidupan yang sibuk untuk sementara waktu.  Dengan bercuti di kawasan sebegini kita dapat menghirup udara yang lebih segar selain menghargai keindahan alam ciptaan Allah SWT  Ini adalah antara pulau-pulau yang ada di Malaysia. Masih banyak lagi pulau yang masih belum saya terokai.InsyaAllah jika ada kesempatan dan rezeki yang lebih bolehlah saya berkunjung ke sana. Pulau Tioman ni terletak di tengah-tengah Lautan China Selatan dibawah naungan Daerah Rompin . Terletak kira-kira 32 km dari Mersing, pulau ini turun popular dengan keindahan flora & faunanya . Berlandaskan keindahan lautan , kepelbagaian flora dan fauna menyebabkan pulau ini juga diisytiharkan sebagai p...