Posts

Showing posts from 2018

Perpustakaan negeri pahang

Image
Nak share tentang Perpustakaan awam negeri Pahang.Fyi,perpustakaan ini terletak bersebelahan je dengan MPK. Memang nampah gah bila tengok dari luar Okay firstly dalam library ni ada banyak section.Macam one big rooms ikut kategori. Ada yang untuk kanak kanak design dia memang cantiklah Bilik seterusnya lebih kepada fiksyen dan ada buku buku agama. Tapi interior design library ni lawa sangat dan senyap jee Seterusnya,di floor G ada petrosains! Ingat dekat KLCC jeke ada petrosains tapi kat sini takdelah best gila macam dekal kl tapi FOC kat dalam tu juga boleh racing tapi sebelum tu kena ukur tinggi dekat dinding sebab nanti kaki tak cukup panjang nak tekan minyak Wifi pun laju tetapi library ni cuma buka time office hour Apa apapun tempat buruk ke tak,gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.Akhir kalam,membaca jambatan ilmu !

Cagu/cengkam kuku

Post kali ini saya nak share tentang cagu/cengkam kuku. Sebab saya selalu mengalami masalah ini dan sangat terganggu.. So,apa itu cagu?\ Cagu berlaku apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan sis tepi jari.Ini menyebabkan isi jari tersebut menjadi sakit. Antara punca puncanya ialah 1.kasut terlalu ketat dan tirus 2.kecederaan berulang kali pada jari kaki. 3.jangkitan kulat pada kuku 4.potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujung Rawatan cagu: 1.Rendam dan cuci kuku dengan air suam 2.Penyendal boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu.Boleh guna gauze sebagai penyendal.Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan 3.Ubat tahan sakit 4.Antibiotik 5.Jika semua rawatan tidak berkesan,pembedahan akan dilakukan.Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang Pencegahan cagu. 1.Potong kuku dengan betul 2.Pilih kasut yang tidak ketat dengan toe box yang luas 3.Jaga kebersihan kaki dan elakkan pakai stokin yang tidak basuh berulang kali

Pengetahuan am mengenai Microsoft Words

Pengetahuan dalam microsoft words ni amatlah penting dan kita dilatih sejak belajar lagi untuk menggunakan Microsoft Words ini dan akan membantu kita untuk menhadapi hari pekerjaan kelak. 1.Jangan guna ENTER ENTER ENTER untuk pergi ke page seterusnya! Sebab kalau nak edit atau tambah sesuatu di page yang sebelumnya,semuanya akan lari dan tidak berada dalam kedudukan yang betul Jadi,untuk elakkan masalah ini, kita guna 'Page Break' di bawah 'Insert Menu' 2.Jangan guna SPACE SPACE SPACE untuk mulakan ayat yang tepi. Jadi,guna 'indentations' Kalau guna space akan membuatkan dokumen kita jadi tak teratur kalau kita edit di sesuatu tempat 3.Ambilkira garisan zigzag tu bila tulis dokumen dalam bahasa Inggeris. Sebab garisan itu menunjukkan 'SPELLING ERRORS' dan 'PUNCTUATION ERRORS. Jadinya gunalah ilmu ini sebaiknya dan berusaha untuk menambah lebih banyak ilmu dalam Microsoft Words ini kerana amat membantu kitauntuk mempercepat dan memudahkan...

Kedai makan yang menarik di Bangi

Image
Saya seorang yang sangat kuat makan.Bayangkan,berat naik 15 kg hanya dalam masa setahun. Ishh teruk sangat tapi tengah usaha nak kurus lah ni hahaha. Okay so post kali ini nak share kedai yang pernah saya pergi sepanjang belajar di UKM ni 1.Kfry Urban Korean (IOI Mall Putrajaya) Inilah dia punya signature dish iaitu ayam cheese. Cheese dia sangat banyak memang puas hatilah untuk orang yang suka cheese tu. Untuk satu hidangan ayam cheese ni harga dia dalam RM 49.90 memang berbaloi sebab half chicken memang sangar banyak dan cheesenya yang melimpah ruah. Selain ayam,bingsoo juga menjadi pilihan ramai tetapi saya hanya pernah mencuba mango bingsoo dan ianya amat sedap! 2.Restoran Faris Maju First sekali saya tertarik nak datang kat kedai ni sebab teringin nak makan roti naan cheese dia. Dah dapat ni memang puas hati cheese banyak meleleh leleh dan harganya pun berpatutan dan terletak tak jauh dari ukm so senanglah kalau nak pergi 3.Restoran Musyati \ Bukan nama buda...

Pengalaman bercuti di Sungai Lembing

Image
Okay post kali ini saya nak kongsi pengalaman bercuti di Sungai Lembing bersama kawan kawan sekolah saya. Kami pergi ke sana secara berkumpulan iaitu seramai 7 orang. Sungai lembing terletak agak jauh dari bandar Kuantan dan kami semua menginap di rumah salah seorang rakan kami iaitu Ain pada sehari sebelum kami bertolak ke Sungai Lembing. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas Rapid sahaja yang pada ketika itu masih lagi percuma.Dalam masa 20 minit perjalanan,kami telah sampai ke Sungai Lembing Inilah rupa pintu gerbang Sungai Lembing Sebelum kami berkunjung ke sini,kami telah membuat tempahan bilik.Kami membuat tempahan awal kerana bimbang bilik akan penuh memandangkan ianya musim cuti sekolah. Ini adalah contoh bilik yang selalu ditempah orang ramai iaitu berbentuk cabin dan coraknya berwarna warni dan boleh menempatkan seramai 8 orang sebilik Kami tidak memilih colourful cabin ini kerana kami lebih berminat untuk menginap di Japanese cabin yang lebih menarik. ...

Family Day di Port Dickson

Image
Memandangkan pada post yang lalu saya telah menceritakan tentang Pulau Tioman,baru-baru ini keluarga saya bercadang untuk membuat Family Day di Port Dickson pada 13 dan 14 Julai ini. Apa yang menyedihkan saya,pada masa itu mereka ingat saya sedang cuti semester tetapi saya perlu mengikuti semester pendek selama 2 bulan memandangkan saya adalah salah seorang pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM. Namun,masih dalam perbincangan untuk menukar tarikh Family Day tersebut. Harap-harapnya dapatlah saya join hihi. Saya ada google sedikit sebanyak berkenaan dengan Port Dickson Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dikunjugi antaranya: 1.Pantai Pantai Blue Lagoon,Pantai Teluk Kemang dan banyak lagi pantai yang sesuai untuk melakukan aktiviti air. 2.Alive 3D Art Gallery Tempat ini sesuai untuk orang yang suka bergambar khususnya (saya dan sepupu-sepupu saya) Jika diambil dari sudut yang sesuai akan menampakkan gambar itu seolah oleh 'hidup' 3.Hut...

Pengalaman percutian di Pulau Tioman

Image
Korang mesti dah lama tak pegi bercuti di pulau-pulau yang ada di Malaysia ni kan ? Untuk makluman korang, terdapat banyak pulau yang ada di perairan Malaysia ni. Pulau-pulau ini memang cantik dengan pemandangan yang boleh menenangkan hati, dan membuatkan kita lupa kepada stress kerja dan kehidupan yang sibuk untuk sementara waktu.  Dengan bercuti di kawasan sebegini kita dapat menghirup udara yang lebih segar selain menghargai keindahan alam ciptaan Allah SWT  Ini adalah antara pulau-pulau yang ada di Malaysia. Masih banyak lagi pulau yang masih belum saya terokai.InsyaAllah jika ada kesempatan dan rezeki yang lebih bolehlah saya berkunjung ke sana. Pulau Tioman ni terletak di tengah-tengah Lautan China Selatan dibawah naungan Daerah Rompin . Terletak kira-kira 32 km dari Mersing, pulau ini turun popular dengan keindahan flora & faunanya . Berlandaskan keindahan lautan , kepelbagaian flora dan fauna menyebabkan pulau ini juga diisytiharkan sebagai p...

Tips berpakaian semasa temuduga

Dalam temuduga, sebelum mulut kita berkata-kata, sedarkah bahawa pakaian kita sudah berkata-kata kepada panel penemuduga tentang siapa diri kita. Antara dua suara yang keluar dari diri kita, iaitu suara yang keluar daripada mulut kita dan suara yang keluar daripada pakaian kita, kajian menunjukkan suara yang keluar daripada pakaian kita adalah lebih ‘powerful’, iaitu lebih orang percayai tentang siapa diri kita. Mungkin kita rasa tidak adil bila kita dinilai dengan cepat melalui luaran, tetapi kajian menunjukkan, daripada 100% tentang keseluruhan diri kita, untuk ‘first impression’ atau pandangan pertama, 15% yang tertonjol daripada luaran kita adalah penilaian tentang kredibiliti diri kita. 85% tentang diri kita hanya akan kelihatan dan dinilai selepas orang lain mengenali diri kita dalam tempoh yang lebih lama. Setiap syarikat atau organisasi mempunyai kod pakaian yang berbeza. Bagaimana kita memakai pakaian di tempat kerja mempunyai sedikit perbezaan dengan bagaimana kita berpak...

Kesalahan dalam temuduga kerja

6 PERKARA GRADUAN FRESH GRADUATE JANGAN BUAT UNTUK TEMUDUGA KERJA Anda baru bergraduasi dan akan menghadiri temuduga dalam masa terdekat? Para majikan mempunyai kriteria tersendiri apabila mahu mengambil pekerja. Dan mereka mempunyai masa yang sangat singkat untuk menilai anda ketika temuduga. Ada beberapa perkara yang boleh anda elakkan supaya ia tidak memberi tanggapan negatif terhadap anda. Antaranya: JANGAN DATANG LAMBAT First Impression sangat penting ketika temuduga kerja. Jika anda datang lambat, ia akan beri tanggapan buruk terhadap anda. Apabila anda datang lewat, anda telah mengganggu jadual kerja bakal majikan anda pada hari tersebut. Belum apa-apa lagi anda sudah beri sebab untuk mereka reject anda. JANGAN LUPA BAWA RESUME DAN DOKUMEN PENTING Jangan sampai jadi begini. Ada kes graduan fresh graduate terlupa untuk membawa resume mereka ketika temuduga. Buat persediaan. Susun dokumen-dokumen penting anda di dalam fail khas. Senang nanti jika bakal majikan anda ...

Cara memperkenalkan diri semasa temuduga

“Sila perkenalkan diri anda.” 99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain. KESILAPAN YANG SERING BERLAKU SEMASA MEMPERKENALKAN DIRI Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri. Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat. TIPS DAN CARA MEMPERKENALKAN SEMASA TEMUDUGA KERJA Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar. Apa Yang Boleh Diceritakan? Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda b...

Cara jawab soalan tell me about yoursef

Soalan yang sangat famous dan wajib ditanya oleh mana-mana penemuduga / ‘hiring-manager’ adalah ‘Tell Me About Yourself’. Soalan ini bunyinya simple, tetapi ramai yang selalu tersilap cara menjawabnya 😀 TELL ME ABOUT YOURSELF Contoh jawapan yang biasanya saya dengar semasa temuduga kerja adalah : Nama saya Nurul Ain bin Ahmad, saya berasal dari Kedah, saya anak ke 5 dari 10 adik beradik Saya bersekolah di sekolah rendah SK Pokok Sena, sekolah menengah MRSM Langkawi, menyertai program matrikulasi di Pulau Pinang … Nama saya Aina bin Ahmad, saya merupakan anak saudara kepada Chef Wan .. Saya bekerja di syarikat Alat Tulis Wan Jah, saya sangat happy bekerja di sana, suasana kerja sangat bagus…. Dan banyak lagi jawapan yang biasa-biasa Tidak salah untuk menjawab seperti yang di atas, tetapi jawapan yang diberikan kurang berkualiti dan tiada nilai kepada pihak penemuduga. Apa yang sudah tercatat di resume, maka tidak  perlu ulangi lagi Ramai calon yang ditemuduga, ...

Tips belajar: Bahagian 3

Bahagian 3: Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul Apa gunanya anda belajar, tetapi menggunakan teknik yang tidak tepat dan tidak boleh memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik anda? Ini boleh membantu: 1. Guna SQ3R SQ3R Merupakan satu kaedah pembelajaran yang melibatkan pembacaan aktif untuk membantu anda memahami dan menguasai sesuatu bahan tersebut. Kaedah ini melatih anda untuk previu sesuatu bahan agar lebih bersedia. SQ3R merupakan singkatan kepada: Survey/Skim – anda melakukan imbasan yang singkat ke atas semua carta, gambar, kata-kata kunci dan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam sesuatu topik subjek yang berkenaan. Berikan perhatian kepada learning outcome yang sering dinyatakan dalam setiap topik/subjek pembelajaran, kerana itulah yang anda perlu tahu dan kuasai. Question – jadikan semua benda yang anda dapat dari Survey itu sebgai soalan, seperti kenapa ini, kenapa itu, bagaimana, kenapa dan sebagainya. Read – baca topik tersebut dengan perasaa...

Tips belajar: Bahagian 2

Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar tempat belajar yang sesuai Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran amatlah penting kerana ia boleh meningkatkan daya tumpuan pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan: 1. Dapatkan Tempat Yang Sesuai Untuk Belajar Anda yang ingin belajar, oleh itu anda perlu pandai memilih tempat belajar yang sesuai dengan kehendak anda. Anda seharusnya selesa semasa belajar, itu sangat penting untuk mengelakkan anda daripada merasakan belajar itu membebankan. Jika kerusi di perpustakaan tidak memberikan keselesaan, anda perlu berubah kepada tempat yang lebih selesa. Selain tempat pembelajaran, pakaian anda juga memainkan peranan. Cuba pakai pakaian yang anda rasa boleh memberikan keselesaan kepada anda. Pakaian tersebut mungkin boleh jadi yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol (untuk mengelak daripada mendapat perhatian orang awam). Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ...

Tips belajar: Bahagian 1

Pejam celik pejam celik dah munggu ketujuh dah untuk semester 2. Minggu depan pula dah mula cuti pertengahan semester.Mesti ramai yang tak sabar nak balik bercuti bersama family masing masing. Cuti tu cuti juga tapi janganlah sampai mengabaikan pelajaran okay. Jadi di sini saya ingin mengongsikan tips belajar secara berkesan yang boleh dipraktikkan oleh kita semua Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya. 1. Mengatur Masa Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan. Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ata...

video gaya hidup yang tak sihat

Image

Powerpoint gaya hidup sihat

Makkah al muqarramah

Image
Entri kali ni aku nak share pengalaman aku menunaikan umrah di Makkah.Setelah 3 hari 2 malam berada di Makkah kami akan pergi ke Makkah. Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki bas.Seronok sepanjang perjalanan tu sebab dapat tengok pemandangan di bumi arab ini yang sangat indah walaupun phone aku bukanlah phone yang mahal tapi hasil gambar tu semua cantik cantik. Kami perlu berhenti untuk bermiqat di Bir' Ali sebelum menunaikan umrah mama,danial(cousin),mek (nenek) setelah selesai,kami meneruskan perjalanan ke Makkah.Bila dah dekat nak sampai tu mutawif suruh sebut 'Labbaikallah Humma Labbaikk Labbaikala Syari Kala Kala Baik'.Rasa time tu terharu sangat sebab dah nampak masjidil haram tu rasa sebak bersyukur semua adalah. ni waktu mula mula sampai time maghrib Lepas sampai kami check in hotel dan pergi solat maghrib di masjidil haram.Cantik sangat masjid ni subhanallah semua orang dari pelusuk dunia berkumpul kat sat...

Madinah al munawwarah

Image
Post kali ni aku nak share pengalaman aku menjejakkan kaki ke madinah al muqarramah. Semuanya terjadi sungguh pantas dan sedikitpun tak oernah aku bayangkan akan dapat menjejakkan kaki di bumi madinah ini. Aku pergi ke sana bagi menunaikan umrah dengan menggunakan pakej umrah daripada Rayhar Travels yang sangat sangat memuaskan dan berpatutan.Aku pergi ke bumi Makkah al muqarramah ini pada tahun 2013 iaitu semasa aku tingkatan 3.Pada masa itu,aku sedang duduk berborak borak dengan kawan kawan dan tiba tiba ada sorang junior bagitau yang mama aku datang.Aku pun peliklah kenaoa dia datang sedangkan hari itu bukanlah hari sabtu atau ahad. Rupa-rupanya mama datang untuk mengambilku menghadiri kursus umrah.Dia kata itu hadiah untuk aku selepas dapat straight A's untuk PMR. Aku bersyukur tak terhingga sebab itulah hadiah terbaik yang pernah aku dapat dalam hidup aku.Telah menjadi rutin mingguan ku selama 2 bulan menghadiri kursus umrah. Selepas itu,aku dijadualkan berangkat ke madi...

Matriculation life

Image
Selepas mendapat pendidikan di sekolah menengah,aku memasuki kolej matrikulasi pahang kerana tidak mahu mengikuti pengajian diploma yang mengambil masa lebih lama. Serious talk,perasaan waktu mula mula masuk matriks tu okay je sebab ramai kawan dari 13 orang tadi tu masuk matriks sama sama jadi tak lah rasa lonely sangat. dekat matriks,aku ambik aliran perakaunan dan masuk kelas 2A12 .Dalam kelas ni aku paling rapat dengan 2 orang iaitu ezi dan daywa. Kitorang mula mula rapat sebab satu blok dan banyak assignment kena buat sama sama. Diorang ni orang paling masuk air pernah jumpa sebsb tak pernah seharipun tak gelak dengan diorang ni. yang paling kiri tu ezi,dan yang tengah tu daywa Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari pensyarah dan diorang berdua ni aku banyak belajar dan tiru assignment sikit hihi. suasana kat matriks ni best sangat sebab hubungan pensyarah dengan murid tu rapat dan pelajar boleh lepak bila bila masa di cubic lecturer. yang paling syok sek...

life at hostel

Image
Pandangan aku terhadap hostel semakin lama semakin hilang.Aku mula berasa seronok tinggal di asrama kerana mendapat lebih ramai kawan berbanding hanya di dalam kelas. Aku dah terbiasa apabila bangun sahaja perlu kemaskan cadar,berkumpul di court sebelum pergi ke sekolah dan pelbagai aktiviti lain. Setiap tahun,akan ada orientasi bagi pelajar hostel dan semua pelajar perlu terlibat dengan acara tersebut bukan hanya untuk tingkatan satu sahaja.Aktivit yang disediakan semuanya seronok dan aku sangat seronok melakukannya. Hari demi hari hubungan kami semua menjadi bertambah akrab dan aku paling rapat dengan 13 orang yang paling aku sayang sehingga kini.Kami selalu berkumpul bersama beriadah waktu petang,makan di dewan makan bersama dan macam macam lagi.Yang penting,kami semua selalu ada untuk satu sama lain. Ni gambar semasa familyday di pantai Balok.Semua kenangan di asrama merupakan pengalaman yang paling berharga dan banyak mengajar aku tentang kehidupan dan sekalipun aku ta...

Sekolah rendah

Entri kali ni saya nak share pengalaman waktu zaman zaman sebelum masuk ke UKM. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Tanah Putih Baru Kuantan Pahang.Waktu ni walaupun masih tak matang lagi,tapi selalu rasa happy pergi sekolah.Bukanlah seronok sebab belajar tapi seronok dapat jumpa kawan kawan main sama sama sebab kat rumah saya takde ramai kawan sangat. Cikgu-cikgu semua sangat baik dan dah saya anggap macam mak sendiri.Dah berapa generasi dan family saya bersekolah di situ.Daripada kakak dan abang saya,saya dan sekarang anak saudara saya juga bersekolah di situ. Saya sangat terharu apabila saya melawat ke sekolah tersebut,terdapat guru-guru yang masih mengingati saya walaupun telah meninggalkan zaman persekolahan beberapa tahun yang lalu.Antara guru yang paling saya ingati ialah Ustaz Khairul. Beliau seorang guru yang sangat kelakar dan sering menasihati kami dalam gurauannya.Saya dulu sering mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz bahasa arab dan ustaz khair...

Sekolah menengah

Setelah mendapat keputusan UPSR,aku perlu membuat keputusan untuk masuk ke sekolah menengah.Ramai menyuruh aku untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tetapi aku tidak mahu kerana taknak tinggal di asrama (anak manja). Aku akhirnya memilih sekolah SMK Abdul Rahman Talib (SMART) sebagai pilihanku kerana ianya sekolah harian dan juga disediakan asrama bagi yang memerlukannya.Keluargaku menerima pilihanku dan mereka tidak pernah menghalang keinginan ku dalam apa apa sahaja yang ingin aku ceburi atau pilih asalkan ianya terbaik untuk aku. Hari pertama di sekolah semua rasa ada nervous,happy,excited macam macam lagi lah.Aku ditempatkan di kelas 1 Dinamik. Tiada seorang pun daripada sekolah rendahku yang masuk sama dalam kelas aku.Ini membuatkan aku rasa lonely tambah tambah bila tengok classmates aku semuanya ada kawan kawan yang telah mereka kenal dalam kelas. Tapi,aku cuba membuat kawan baru dan akhirnya aku berasa seronok kerana dapat berkenalan dengan orang baru dan boleh menyesuai...

senaman berkesan

Saya ni jenis malas bersenam. Sebab tu la saya tak pernah tetapkan bila hari perlu bersenam. Dalam CABARAN STAILOO ni saya tak perlu kuat bersenam tapi perlu bergerak aktif. Jadi saya pilih untuk bergerak aktif. Kebanyakkan masa saya akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh. Contoh kemas rumah, naik turun tangga, berjalan kaki ke kelas dsb. Tapi coach kata kalau nak turun berat lagi CEPAT buat 12 senaman HICT. So saya cuba je la. Jumping jack (total body) Wall sit (lower body) Push up (upper body) Double crunch (abs & core) Box jump (total body) Squat (lower body) Tricep dip (upper body) Plank (abs & core) High knees (total body) Jump lunge (lower body) Mountain climber (upper body) Side plank (abs & core) Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni. Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu. Memang seronok. Peluh keluar mencurah-curah. Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupu...

supplement tambahan

Image
okay harini saya nak share supplement tambahan yang saya ambil untuk bantu proses kuruskan badan iaitu shaklee! mungkin ramai yang dah tau kelebihan shaklee ni yang telah mendapat tempat dalam hati semua orang. produk shaklee sendiri telah disahkan selamat oleh doktor sendiri yang telah menjalani landmark study selama lebih 50 tahun untuk set kurus ni ada 3 bahagian tau. bahagian pertama adalah untuk berfungsi untuk membakar lemak. dalam bahagian ni boleh pilih sama ada lecithin atau omega guard.Tapi selalunya saya akan membeli omega guard bagi bahagian ini. untuk bahagian kedua,ialah bahagian untuk membuang semua bahan yang tidak diperlukan dari badan kita contohnya mengambil herb-lax dan alfalfa complex. Untuk ini,saya selalu ambil herb lax dan saya sangat berpuas hati kerana apabila saya memakan herb lax pada keesokan harinya saya terus 'melabur' untuk memastikan perut saya sentiasa kenyang dan tidak mudah lapar saya mengambil 2 sudu ESP pada waktu pagi dan petang...

10 cara kuruskan badan dengan berkesan

Image
CARA KURUSKAN BADAN Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing. Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga. LELAKI VS PEREMPUAN Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri. ...